'Sakit Di Mata Sakit Di Hati'

Bukan sahaja pangsapuri sekitar ibu kota yang berwajah hodoh, kusam dan kotor seperti yang dilaporkan Kosmo! minggu lalu tetapi senario sama turut berlaku di beberapa bandar besar yang lain.

Tinjauan mendapati penduduk di Pangsapuri Mediterranean di Seksyen 25, Shah Alam terpaksa menjalani kehidupan harian yang memeritkan apabila air limpahan buangan yang bertakung di laluan pejalan kaki sejak lebih tiga bulan lalu tidak diperbaiki oleh pihak bertanggungjawab.

Di Johor Bahru, situasi flat-flat kos rendah ibarat 'sama hodoh sama padan' dengan flat di Kuala Lumpur apabila penempatan di sekitar Stulang Laut, Taman Cendana Pasir Gudang, Taman Scientex Masai dan Flat Nipah, Taman Daya yang seolah-olah terbiar dan tidak diselenggara langsung.

Begitu juga di Flat Desariang Batu Uban di Pulau Pinang kelihatan cukup menyedihkan dengan bau dan sisa-sisa kekotoran yang begitu menjijikan.

Sementara di Flat Taman Semarak 2 di Nilai, Negeri Sembilan, flat lima tingkat yang mempunyai 18 blok itu amat daif dengan cat yang lusuh, lampu tidak berfungsi serta dipenuhi poster haram dan peti surat yang rosak.

Di Flat Waller Court di Jalan Datuk Jaafar, Ipoh pula, persekitaran premis itu hampir sama wajahnya dengan bangunan tersebut yang berusia 67 tahun itu apabila kawasan sekitarnya tidak terjaga dan kelihatan usang sehingga mencacatkan pemandangan Ipoh yang bertaraf bandar raya.

Baca dari http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A241478&xgs=1&xg_source=msg_share_topic

Comments

Popular posts from this blog

percakapan Rasulullah dengan iblis