Posts

Showing posts from December, 2009

Solat Jumaat

AlhamduliLLah dapat lagi Solat Jumaat hari ini. Ternampak jugalah beberapa orang lelaki Islam yang masih berada di warung-warung. Ketika itu bilal sudah memanggil-manggil agar bersegera ke masjid (azan sedang berkumandang). Sepatutnya tuan empunya warung (orang Islam juga) tersebut sudah 'faham bahasa' untuk menutup kedainya agar lelaki Islam yang masih makan dan minum dan baru datang untuk membeli makanan melupakan hasrat mereka (kerana waktu Solat Jumaat bukanlah panjang pun). ALlah sudah menegaskan di dalam Al Quran di dalam Surah Jummu'ah: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠) Wahai Orang beriman! apabila kamu diseru untuk mendirikan solat (mendengar azan pada har

Kisah Jarum

Di suatu bandar besar terdapat 10 orang lelaki yang mahir membuat jarum. Mereka masing-masing bekerja sebagai tukang pembuat jarum. Setiap orang pada setiap hari, dapat menyiapkan hanya 3 bilah jarum. Mereka tidak dapat menyiapkan lebih dari 3 bilah jarum sahaja. Akhirnya mereka bersepakat untuk bekerjasama dan membahagikan tugas untuk meningkatkan pengeluaran jarum. Jadi, mereka dapat membuat pengkhususan kerja. Seorang tukang jarum ditugaskan mencari logam atau besi untuk dijadikan jarum. Seorang lagi bertugas menguruskan dan menyediakan bahan api. Seorang tukang lagi bertugas membentuk lubang jarum, seorang yang lain bertugas memasukkan jarum ke dalam api yang disediakan dan tukang yang lain bertugas mengasah jarum menjadi tajam. Dan begitulah seterusnya tukang jarum yang lain berperanan dalam menghasilkan jarum. Masa setiap orang tidak berlalu sia-sia kerana masing-masing ada bahagian yang dipertanggungjawabkan. Mereka dapat menyelesaikan dengan cepat dan kemas kerana kerja mereka

Anda Bahagia

Bagaimanakah cara anda berdepan dengan situasi yang tegang dan menyuliTkan? Seperti misalnya anda telah ketinggalan keretapi, kapal terbang, bas atau sesuatu yang tidak anda harapkan berlaku. Perkara ini tentunya akan membuatkan fikiran anda menjadi tegang dan terasa buntu hinggakan orang lain yang berada di sekelilling anda menyedari bahawa anda sebenarnya sedang berada di dalam kegelisahan. Soalnya perlukah anda tunjukkan kegelisahan anda itu? Adakah ini suatu yang mendatangkan kebaikan buat anda atau sebaliknya? Sebenarnya sikap negatif yang anda lakukan itu adalah suatu yang merugikan diri anda sendiri juga. Merasa gelisah tidak menentu tanpa membuat sesuatu yang boleh mengeluarkan anda dari kegelisahan itu adalah sesuatu yang akan memburukkan lagi keadaan. Anda tidak dapat memberikan apa-apa faedah kepada diri sendiri dengan hanya duduk dan merasa gelisah atau memandang ke sana sini tanpa apa-apa inisiatif dari diri anda. TENANG Adalah lebih baik kiranya anda cuba bersikap tenang.

Kehidupan malam KL dan UK .

Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIM (Pengerusi majlis fatwa Malaysia) Mingguan Malaysia 10/04/2005 SEORANG ibu yang saya temui semasa menyertai satu program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia London minggu lepas, menyatakan bahawa anak remajanya yang berada bersamanya di Manchester, tempat dia sedang menyiapkan tesis doktor falsafahnya, tidak pernah keluar rumah pada waktu malam semasa berada di sana. Tetapi ketika kembali ke Kuala Lumpur masa cuti baru-baru ini, anaknya itu boleh dikatakan setiap malam meminta kebenarannya untuk keluar malam. Di bandar raya tempat kediamannya di United Kingdom (UK) tersebut, pada waktu malam tidak ada ``kehidupan'' di dalam bandar, atau di jalan-jalannya. Kebanyakan kedai menutup pintunya sebelum menjelang waktu maghrib, bukan kerana penjaganya hendak bersembahyang maghrib, sebab kebanyakan mereka bukanlah beragama Islam, tetapi kerana masa berniaga di sana, hanyalah sekadar pukul 6 atau 7 malam. Selepas itu kedai ditutup, tiada perniagaan lagi. Itulah ga

Bagaimana nak lepaskan diri..

Image
Mari kata cuba uji minda kita dengan cari jawapan pada soalan di bawah. Soalannya: Bayangkan anda di afrika. Anda sedang terikat di sebatang pokok, tali yang mengikat anda di tambat di atas tanah. Sebatang lilin yang telah dinyalakan api nya dengan pelahan-lahan membakar tali yang mengikat anda itu dan se ekor singa yang kelaparan sedang menunggu anda di bawah untuk menjadikan anda sebagai makanan. Apa yang anda akan lakukan untuk mengelakan anda daripada jadi makanan singa yang kelaparan. hah cepat fikirkan jawapannya…..

Makna nama dalam bahasa Jepun

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI 02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA 03. Yang bisu – KIETA TADASORA 04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA 05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO 06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI 07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA 08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI 09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI 10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA 11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA 12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI 13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI 14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja...hehehe

maknusia berhadapan 6 per simpangan

Abu Bakar ra berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memen

percakapan Rasulullah dengan iblis

Telah diceritakan bahwa Allah SWT telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda Rasulullah lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas" 1. Engkau sendiri hai Muhammad. 2. Imam dan pemimpin yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri 4. Pedagang yang jujur dan amanah. 5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 9. Or

Blackwater Mercenaries in Pakistan

DIL DIL PAKISTAN

'Sakit Di Mata Sakit Di Hati'

Bukan sahaja pangsapuri sekitar ibu kota yang berwajah hodoh, kusam dan kotor seperti yang dilaporkan Kosmo! minggu lalu tetapi senario sama turut berlaku di beberapa bandar besar yang lain. Tinjauan mendapati penduduk di Pangsapuri Mediterranean di Seksyen 25, Shah Alam terpaksa menjalani kehidupan harian yang memeritkan apabila air limpahan buangan yang bertakung di laluan pejalan kaki sejak lebih tiga bulan lalu tidak diperbaiki oleh pihak bertanggungjawab. Di Johor Bahru, situasi flat-flat kos rendah ibarat 'sama hodoh sama padan' dengan flat di Kuala Lumpur apabila penempatan di sekitar Stulang Laut, Taman Cendana Pasir Gudang, Taman Scientex Masai dan Flat Nipah, Taman Daya yang seolah-olah terbiar dan tidak diselenggara langsung. Begitu juga di Flat Desariang Batu Uban di Pulau Pinang kelihatan cukup menyedihkan dengan bau dan sisa-sisa kekotoran yang begitu menjijikan. Sementara di Flat Taman Semarak 2 di Nilai, Negeri Sembilan, flat lima tingkat yang mempunyai 18 blok

Realiti Akhir Zaman

Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia. Dendam Iblis terhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengenangkan dia dihalau dan dipecat dari jawatan Ketua Para Malaikat gara-gara Adam. Setiap manusia tidak kira dia Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu ataupun Islam mahupun Ateis, mereka adalah sasaran-sasaran untuk dikelirukan untuk meramaikan lagi jumlah penghuni neraka. Musuh yang paling dikehendaki dan tinggi nilainya untuk dikelirukan sudah tentu para pengikut agama Tuhan, Islam. Tetapi bagaimanakah Iblis dan proksi-proksinya di Bumi mahu mengelirukan umat ini yang diberikan Allah s.w.t AlQuran yang mulia dan menurunkan pula manusia luarbiasa dan teragung, Muhammad s.a.w kepada mereka? Terlampau banyak pula kelebihan dan senjata serta pendinding yang dimiliki mereka sama ada mereka sedar atau tidak se

Salam

Image
Welcome to my blog.