Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia. Dendam Iblis terhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengenangkan dia dihalau dan dipecat dari jawatan Ketua Para Malaikat gara-gara Adam. Setiap manusia tidak kira dia Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu ataupun Islam mahupun Ateis, mereka adalah sasaran-sasaran untuk dikelirukan untuk meramaikan lagi jumlah penghuni neraka. Musuh yang paling dikehendaki dan tinggi nilainya untuk dikelirukan sudah tentu para pengikut agama Tuhan, Islam. Tetapi bagaimanakah Iblis dan proksi-proksinya di Bumi mahu mengelirukan umat ini yang diberikan Allah s.w.t AlQuran yang mulia dan menurunkan pula manusia luarbiasa dan teragung, Muhammad s.a.w kepada mereka? Terlampau banyak pula kelebihan dan senjata serta pendinding yang dimiliki mereka sama ada mereka sedar atau tidak se...
Comments
Post a Comment