Solat Jumaat
AlhamduliLLah dapat lagi Solat Jumaat hari ini. Ternampak jugalah beberapa orang lelaki Islam yang masih berada di warung-warung. Ketika itu bilal sudah memanggil-manggil agar bersegera ke masjid (azan sedang berkumandang). Sepatutnya tuan empunya warung (orang Islam juga) tersebut sudah 'faham bahasa' untuk menutup kedainya agar lelaki Islam yang masih makan dan minum dan baru datang untuk membeli makanan melupakan hasrat mereka (kerana waktu Solat Jumaat bukanlah panjang pun). ALlah sudah menegaskan di dalam Al Quran di dalam Surah Jummu'ah: يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠) Wahai Orang beriman! apabila kamu diseru untuk mendirikan solat (mendengar azan pada har...